Sunday, June 7, 2009

Koperasi Usahawan Kemaman Berhad



PERANCANGAN KOPERASI


  • Memasarkan produk-produk yang dihasilkan / diusahakan oleh semua usahawan Melayu Muslim di Kemaman

  • Menyewa sebuah premis perniagaan dengan kadar sewa sekitar RM1000.00 hingga RM2000.00 sebulan

  • Usahawan yang ingin memasarkan produk mereka melalui kedai koperasi, mestilah menjadi ahli koperasi

  • Setiap usahawan yang ingin memasarkan produk mereka melalui koperasi, mereka WAJIB mengikuti kursus asas usahawan yang dianjurkan secara percuma oleh MARA, YPU, YPK dan lain-lain

  • Ahli koperasi juga layak mengikuti sebarang kursus yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia secara percuma atau berbayar

  • Pembayaran dibuat berdasarkan 'back to back'

  • Koperasi akan membuat tidak kurang dari 20,000 keping flyer untuk disebarkan ke seluruh Kemaman sebagai salah satu teknik pemasaran bagi memperkenalkan produk-produk yang ada di kedai koperasi

  • Koperasi akan menghasilkan hamper yang berasaskan produk-produk yang terdapat di kedai koperasi yang akan dijual di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta di seluruh Kemaman

  • Koperasi juga merancang untuk membuka bengkel-bengkel kecil untuk menghasilkan produk-produk yang sedia ada dipasaran, untuk dipasarkan di kedai koperasi

  • Kepada usahawan yang mempunyai projek yang berdaya maju tetapi kekurangan modal, koperasi juga bercadang untuk menjalankan projek berkenaan secara usahasama


BERSAMA KITA MENJAYAKAN
KOPERASI
USAHAWAN KEMAMAN
BERHAD




.

Koperasi Usahawan Kemaman Berhad




SYARAT MENJADI AHLI

  • Terbuka kepada semua bangsa Melayu yang tinggal di daerah Kemaman

  • Yuran masuk RM20.00

  • Yuran saham untuk layak melaksanakan tugas sebagai ahli : RM50

  • Yuran saham (minima) : RM500.00

  • Yuran saham ini boleh dibuat secara ansuran setiap bulan sehingga 31 Disember 2009

  • Setiap ahli layak mendapat faedah khairat kematian melalui skim Takaful berkelompok

.

Dr Zulkifli Bin Awang



Dr Zulkifli Bin Awang

Pengerusi Penaja
Koperasi Usahawan Kemaman Berhad



Seorang insan yang berjiwa besar dan berusaha kearah menjadikan Koperasi Usahawan Kemaman Berhad, bakal menjadi koperasi yang terbesar di Terengganu.

Mengapa tidak kita semua menyokong usaha yang murni ini?


.

Encik Marzuki Bin Mamat






Encik Marzuki Bin Mamat

Juruaudit Koperasi
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Cawangan Terengganu Selatan


  • Penubuhan Koperasi Usahawan Kemaman Berhad adalah adalah atas dasar kehendak dan keperluan bersama

  • Semua ahli-ahli koperasi merupakan pengguna atau pelanggan kepada koperasi yang ditubuhkan


.